Pages

Friday, January 13, 2017

second and maybe more

Went out only the two of us last night, again. Went to Queensbay Mall to buy birthday gift for Yen. Eventhough its just for a couple hours, it felt so happening. Sorry I can't find the right word to describe how I feel for that moment. It was too ecstatic.

Our first time going out together was back when Me Before U just came out. We went to watch it and you were really excited. Surely can't forget the time you cried during the movie. uhuhu

I know its not right but I still hope there will be more than second time

Thursday, January 12, 2017

been a long time

It's been a hella long time since I wrote in this blog. Just felt the urge to write today. Just finished last paper for 3rd semester in USM. Gonna head for Perlis tomorrow morning. I'm going home with something bothering my mind.

Did I fall in love again?

Monday, October 14, 2013

Madah Aidiladha buat kita renungkan bersama



Aku duduk berseorangan, termenung tatkala menunggu tibanya hari esok yang bermakna, yakni Hari Raya Aidiladha.

Langit petang yang mendung, angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa, kicauan burung beralunan, menambahkan lagi ketengan diri ini

Dalam keharmonian petang ini, tiba-tiba aku teringatkan sebuah kisah yang pernah ku dengar satu ketika dahulu daripada abang ku

Kisah yang menyentuh hatiku dan membuat aku terdiam seketika, sebak jua terasa

Di sini, ingin aku ceritakan semula kisahnya buat renungan di Aidiladha..




Seorang bapa yang sibuk berkerja, kini baru pulang ke rumahnya jam 11 malam

Adik : Eh abah dah balik!

Abah : Adik..buat apa tak tidoq lagi ni..?

Adik : Abah..adik nak tanya satu benda boleh dak?

Abah : Haa..adik nak tanya apa? Tanya la..

Adik : Emm..gaji abah sejam berapa tah?

Abah : Gaji abah? Awat yang adik tiba-tiba tanya?

Adik : Saja adik nak tau..sebelum ni adik tak pernah tanya lagi.

Abah : Gaji abah sejam RM100..awat adik?

Adik : Oh..adik nak pinjam RM50 boleh?



Lalu si ayah berasa geram.



Abah : Adik tanya gaji abah sebab nak pinjam RM50 ja? Kalau adik tanya gaji abah
           sebab nak pinjam duit, beli mainan tak payah la.. Membazir ja..abah kerja cari duit
           ni untuk kita satu keluarga. Adik tak boleh pentingkan kehendak adik sendiri..


'Adik' hanya mendiamkan diri dan mengorak langkah ke biliknya dengan membawa sebuah harapan yang hampa.

'Abah' pula masih berasa marah akan sikap anaknya yang hanya mahu meminjam wangnya untuk kepentingan diri sendiri.

Lalu 'abah' melangkah ke arah sebuah sofa merah buatan China yang terletak di sudut ruang tamu rumah dan melabuhkan diri di atas sofa tersebut.

Si 'abah' termenung, memikirkan semula apa yang telah dilakukannya sebentar tadi.

Mungkin 'adik' benar-benar memerlukan wang tersebut. Lagipun 'adik' jarang meminta wang daripadanya.

Kemudian si 'abah' bangun daripada sofa empuk tersebut lalu melangkah ke bilik 'adik'



Abah : Adik, dah tidoq..?

Adik : Dak lagi abah..

Abah : Abah dah fikir-fikir tadi, abah tak patut marah adik sebab duit tu. Abah stress sebab
           kerja, sebab tu mood abah tak elok sangat. Adik nak pinjam duit kan?
           (keluarkan duit RM50) Nah..



'Adik' yang sebelum ini berwajah muram bak langit yang mendung kini kembali ceria seperti mentari yang bersinar terang



Adik : Terima kasih abah !


Kemudian adik menyelup tangan ke dalam sarung bantalnya lalu mengeluarkan beberapa keping wang kertas dan syiling-syiling yang telah dikumpulkan sebelum ini

'Adik' mula menghitung wang yang telah dikumpulnya itu dengan perlahan-lahan sementara 'abah' sudah mula berasa marah kembali



Abah : Awat adik mintak duit kat abah lagi padahal adik dah ada duit dah..banyak lagi tu!

Adik : Duit adik tadi tak cukup..ni baru cukup..

Adik : Abah, adik dah kumpul duit banyak..sekarang adik ada RM100. Boleh dak adik nak
          beli masa abah satu jam? Esok abah balik la rumah awal.. Adik teringin
          nak makan malam dengan abah...


Lalu 'abah' terdiam dan tanpa disedari, air mata mula membasahi pipinya

Dia terharu akan apa yang telah dilakukan oleh anaknya

'Abah' memeluk anaknya erat-erat


Abah : Adik, abah mintak maaf..




Hargailah masa yang masih ada pada diri ini dengan meluangkannya bersama orang-orang yang tersayang, yang sering berada dekat dengan kita. Andai suatu hari nanti kita kehilangan orang yang kita sayangi, sebesar mana pun kemewahan yang dimiliki, tak akan mampu mengembalikan mereka semula.

Tidak bernilai RM100 satu jam itu jika dibandingkan dengan satu jam bersama orang yang disayangi. Setinggi mana jawatan perkerjaan yang kita sandang pada ketika ini, jika suatu hari nanti maut menjemput, dengan mudah jawatan kita itu digantikan dengan orang lain seperti tiada apa yang berlaku. Namun, bagi ahli keluarga dan orang-orang tersayang, jika kita pergi buat selama-lamanya, pasti akan membuatkan mereka berasa kehilangan yang sangat bermakna.

Renung-renungkanlah semula bagaimana kita membahagikan masa yang berbaki di dunia ini.


Kemewahan dunia tidak ke mana
Hubungan keluarga lebih bermakna


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

10 ZULHIJJAH 1434 / 15 OKTOBER 2013