Wednesday, May 29, 2013

Pen atau Pensel? sekadar renungan..

UPSR..suatu kenangan buat diri ini

Dalam semua subjek, yang paling meletihkan sekali mesti la kertas penulisan BM

Memang lumrah diri ini malas nak menulis (malas takdak dah)

Teringat lagi karangan dahulu...AUTOBIOGRAFI

Cikgu meminta aku membuat dua karangan

Karangan autobiografi.. 

Aku Sebatang Pensel 


Aku Sebatang Pen


Bila nak bagi dua-dua karangan ni dekat cikgu, cikgu bertanya,


"Farid..kalau kamu ada pilihan sama ada nak jadi pensel atau pen, kamu nak hok mana?"

"Kalau saya la cikgu..baik saya jadi kotak pensel, semua ada..hehe"

"Hang sat lagi...."

"Hehehe dak-dak cikgu..aaa...saya tak tau. Awat cikgu tanya?"

"Saja ja..tapi kalau cikgu, cikgu pilih nak jadi pensel daripada pen,"

"Kalau saya, saya pilih nak jadi manusia ja cikgu..," 

*jeling 

"Hehe sabaq cikgu...lawak ja.."

"Kamu tau tak sebab apa cikgu pilih pensel daripada pen?"

"Ni mesti sebab pensel tak boleh habih dakwat kan? kan?"

"Bukan la..macam ni sebenaqnya..kamu pernah tengok kan pensel yang ada pemadam dekat hujung dia?"

"Pernah cikgu..pensel zaman tok nadok tu..,"

"Haa..pensel zaman tok nadok tu la lagi baguih daripada pen zaman la ni,"

"Bayangkan la kamu sebatang pensel, bila kamu buat sesuatu, kalau kamu buat kesilapan, kamu boleh padam balik apa yang kamu dah buat dan tak akan ulang balik kesalahan yang sama sebab kamu ada pemadam dekat diri kamu. Kamu dapat baiki diri kamu tanpa bantuan orang lain. Tapi, kalau kamu sebatang pen, bila kamu buat sesuatu, kalau kamu buat kesilapan, semua tu jadi permanent. Kamu tak akan dapat padam apa yang kamu dah tersalah buat. Pernah tak kamu fikir pasal ni, Farid?"

"Tapi kan cikgu, bila kita jadi pensel, memang dapat padam kesalahan kita. Tapi satu hari pemadam tu akan habis jugak. Masa tu, kita perlukan bantuan yang lain untuk padam kesalahan kita. Dan cikgu..kalau kita jadi pen, kesalahan boleh lagi padam. Tapi sama la macam pensel, kena ada bantuan daripada yang lain contoh macam liquid paper tak pun correction tape. Kan cikgu kan?"

"Hmm..kamu ni..ada ja yang nak balas kan..,"

"Hehehe biasa la cikgu..nak tambah-tambah sikit..,"

"Oo..tambah-tambah...tambah karangan kamu lagi 5"

"Haaaaannnnaaahhhh...!" 







Berusahalah untuk membaiki diri walau sebesar mana pun kesalahan yang telah dilakukan. Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Teruskan usaha dan niat untuk baiki diri dengan bersungguh-sungguh ibarat burung jentayu patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat kuku.


Saturday, May 18, 2013

SELAMAT HARI CIKGU

Bagi kita,

-kerja cikgu senang
-kerja sikit, cuti banyak
-memanjang duduk dalam aircond
-masuk kelas, ajar, keluar..

Hanya mereka yang tidak tahu menilai profession perguruan sahaja yang berkata begitu

Namun, disebalik apa yang dikatakan itu, seorang guru berjasa..

Masa pertandingan bola.. cikgu jadi REFEREE..
Masa budak nak bertanding apa-apa acara... cikgu jadi JURULATIH
Masa aktiviti KH.. cikgu jadi PETANI..
Masa kutip yuran.. cikgu jadi AKAUNTAN..
Masa RMT.. cikgu jadi PELAYAN..
Masa budak sakit.. cikgu jadi DOKTOR..
Masa ceramah.. cikgu jadi MOTIVATOR..
Masa hias kelas.. cikgu jadi PELUKIS SENI..
Masa persembahan hari guru.. cikgu jadi KOMPOSER..
Masa baiki kerusi rosak.. cikgu jadi TUKANG KAYU..
Masa budak muntah/berak dalam kelas.. cikgu jadi TUKANG CUCI..
Masa budak mencuri.. cikgu jadi DETEKTIF..
Masa budak buat persembahan... cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan.. cikgu jadi TENTERA..
Masa hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Masa hari Guru... cikgu jadi PENYANYI..
Masa gotong royong sekolah... cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa masuk waktu solat.. cikgu jadi TOK IMAM..
Masa parent ambik lambat... cikgu jadi BABY SITTER..
Masa budak bergaduh.. cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH..
Masa budak sakit kecemasan.. cikgu jadi PEMANDU AMBULANS..
Masa merentas desa.. cikgu jadi POLIS TRAFIK..
Masa budak sedih.. cikgu jadi PELAWAK....

TERIMA KASIH, CIKGU !



buat cikgu-cikgu yang tersayang,


~~~Selamat Hari Guru~~~