Wednesday, June 5, 2013

of kenduri and the cat's midden

Ahad, 2 hari bulan Jun

Mak ajak pi kenduri kahwin dekat rumah tok ndak (adik kepada tok)

Maka bersemangatlah seorang insan pada hari itu kerana akan dapat pulang ke kampung

Rumah tok ndak dekat dengan rumah tok

Jadi mesti mak singgah rumah tok punya

Semangat membara nadi ku berganda kerana dapat pulang ke kampung halaman nun jauh di pelusuk Kangar



9.00 pagi

"Nak pakai hok mana ni.. *tengok-tengok baju ,"

"Haa..pakai t-shirt ni..dengan seluaq jean..fuiii..lawa..lawa..,"

*siap-siap


9.15 pagi

"Hok aloh...bergaya gila.. *tengok cermin ,"

"Ok..mak..! Cik siap dah..jom !" 

"Eh awainya siap...,"

"Eh..? *tak sedap hati ,"

"Kita nak pi petang sat lagi..pagi ni mak ada kerja sikit,"

"Err..,"  

"Pakai lawa-lawa ni nak pi mana?"

"Nak pi kedai sat mak..," 



Tunggu la pulak sampai petang, mak dah siap-siap, baru bertolak..

Perjalanan 30 minit ke kampung terasa begitu singkat

Sampai di rumah tok ndak, kami di sambut beberapa insan yang berada di kawasan rumah pengantin

Salah seorangnya ialah sepupu ku

Dia merupakan sepupu ku di kampung yang paling rapat dengan ku

Maklum la..umur cuma berbeza satu tahun

Kami berjalan mendekati khemah yang telah tersedia, sesak dipenuhi orang kampung yang sedang menjamu selera




Selesai mengambil makanan, kami duduk di meja makan dan mula menjamu selera

Sepupu ku duduk di sebelah kanan aku

Sambil makan, aku melihat sekeliling..

Suasana meriah, bekerjasama mengadakan kenduri

Kanak-kanak ketawa riang, bermain bersama-sama

Suasana ini akan ku rindu dan ingat sampai bila-bila

Hari itu sangat tenang bagi ku



"Taiiiiik kuciiiiiiiing..!!!!" 

"Errkk..," 

"Awat dengan hang ni..?! Merdu gila suara hang masuk telinga aku..,"

"Taik kucing Farid oii..tengok bawah meja tu..,"

*tengok bawah meja

Maka ternampaklah buangan kucing beberapa inci membentuk isosceles triangle


"Terbaik la kau..thank you sebab bagitau aku waktu ni..,"  

"Lain kali pi la buat pengumuman kat DJ tu..,"

"Don't worry...tak ada orang dengaq..,"

"Betoooiiii..suara hang slow ja tadi.......," 




Mungkin tidak begitu tenang hari ku

0 komeng:

Post a Comment